PADA 2027, HOTEL HARD ROCK DAN HIBURAN AKAN DIBUKA DI KING’S PARK GENTING HIGHLANDS DENGAN 900 BILIK DAN SUITE

Kerjasama antara HR Resorts & Residences serta Hard Rock International akan membawa rangkaian hotel terbesar Asia ke King's Park

Genting Highlands, Malaysia, 14 Oktober 2023 – Satu pencapaian penuh bersejarah telah tercipta hari ini apabila HR Resort & Residences Sdn Bhd mengorak langkah dengan memeterai satu perjanjian dengan jenama Hard Rock yang diiktiraf di peringkat global, sekali gus membawa rangkaian hotel terkenal itu ke King's Park Genting Highlands dan seterusnya mengangkat status Hard Rock Genting Highlands sebagai yang terbesar di Asia.

Dengan termeterainya perjanjian ini, HR Hotel & Residences Sdn Bhd serta Hard Rock International, sebuah syarikat yang terkenal dengan hospitaliti, hiburan, dan legasi rock 'n' roll, mengesahkan kerjasama yang pastinya menggamit perhatian ramai. Tersembunyi di sebalik hutan tropika berusia 130 juta tahun di tengah-tengah kawasan Genting Highlands, HR Hotel & Residences Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan pengalaman hiburan bertaraf dunia dengan menggabungkan semangat gigih Hard Rock dengan keindahan King's Park yang tiada tandingannya, hab hiburan bersepadu, dan juga Daerah Pusat Perniagaan (CBD) pertama pada ketinggian 1,000 m di atas paras laut dengan cuaca dingin sepanjang tahun.

Hasil daripada kerjasama ini, rangka tindakan bagi Hotel Hard Rock Genting Highlands, hotel ketiga di Malaysia ini mula menampakkan kehadirannya di King's Park, Genting Highlands. Menggabungkan segala yang terbaik dari Hard Rock Penang dan Hard Rock Desaru Coast di Kota Tinggi, projek ini dengan bangganya memperkenalkan 900 bilik hotel dan suite yang paling mewah di seluruh Asia.

Penggabungan baharu tersebut diumumkan pada majlis yang dihadiri Naib Presiden Kanan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Global Hard Rock International, Encik Todd Hricko, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan King's Park, Datuk Wira Jayandren Subramaniam, dan Pengerusi HR Resort & Residences, Encik Lim Kim Chai, serta Naib Presiden Eksekutif King's Park, Encik Sean Chen.

"Perkongsian ini menandakan satu detik penting dalam dunia hospitaliti," kata Encik Sean Chen. "Fokus kami adalah untuk mencipta pengembaraan yang tidak dapat dilupakan melalui gabungan reka bentuk mewah terbaik dengan tenaga rock 'n' roll yang penuh kebebasan. Di King's Park ini, Hotel Hard Rock Genting Highlands yang akan dibuka tidak lama lagi akan melambangkan kemuncak keseronokan penuh bertenaga, mewah, dan anggun untuk pelancong solo, rakan-rakan, dan keluarga. Apabila hotel yang menakjubkan ini dibuka pada tahun 2027 kelak, kami pasti akan bersama-sama rakan kongsi kami yang hebat di Hard Rock International memukau dunia, dan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa sesungguhnya, semangat Rock sangat, sangat membara.”

Ujarnya lagi, "Saya juga merupakan seorang pemain gitar tegar dengan cinta yang mendalam terhadap muzik berasaskan rock dan gitar. Oleh itu, kami dengan rasa bangga dan keseronokan yang luar biasa telah membina suatu konsep bagi Hard Rock Genting Highlands untuk menjadikannya yang terbesar di Asia. Tidak akan ada tempat lain yang mempunyai bilik berjenama Hard Rock sebanyak ini, lantas menjadikannya lebih istimewa di persada global. Dengan lokasinya yang indah pada ketinggian menakjubkan iaitu 1000 m di atas paras laut, kami yakin bahawa perniagaan ini akan menjadi tonggak utama di antara tarikan-tarikan di King's Park dan juga perintis berharga dalam tradisi Hard Rock yang terkenal."

Sean juga menzahirkan keyakinan bahawa Hotel Hard Rock Genting Highlands ini akan menjana sejumlah besar pekerjaan dalam bidang seperti penyediaan bilik, kejuruteraan, makanan dan minuman, dan perkhidmatan lain, dipacu oleh jenama Hard Rock yang berprofil tinggi. Hala tuju ini pasti akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup di Pahang serta negeri-negeri sekitarnya.

Dalam ucapannya, Todd Hricko berkata, "Kami sangat gembira dengan hakikat bahawa King's Park akan menjadi tempat bertapaknya satu lagi hartanah ikonik bagi Hard Rock, ditambah pula dengan statusnya selaku yang terbesar di Asia. Hal ini menguatkan kedudukan dan profil Hard Rock di kawasan itu.

Di Hard Rock, kejayaan kami didasarkan pada rasa cinta terhadap muzik dan ia merupakan sintesis sempurna kepada keseronokan dan hiburan. Inti pati kami terletak pada usaha membangunkan pengalaman yang sebetul-betulnya dicari oleh orang ramai, dan saya dengan sepenuh hati percaya bahawa King's Park, dengan segala macam pilihan pengisiannya, akan menarik minat pengunjung untuk berkongsi kegembiraan, menikmati beraneka hidangan, dan merasaipengembaraan secara bebas. Kami percaya King's Park merupakan personifikasi kualiti penting ini, dan kami gembira kerana telah menjalin kerjasama penting dengan HR Resort & Residences.

Perancangannya adalah untuk Hotel Hard Rock Genting Highlands dibuka dengan 300 bilik mewah yang menakjubkan dan 600 suite, memberikan tetamu suasana penginapan yang penuh dengan pengalaman. Para tetamu boleh menikmati ruang komersil seluas 200 meter persegi yang digelar "Rock Shop" serta kolam renang yang dipanaskan, pilihan tempat makan yang pelbagai, Rock Spa, dan keseronokan Rock 'n' Roll setiap malam di ruang istirahat dan bar yang bergaya di hotel ini.Pengunjung ke kawasan yang dipilih dengan teliti ini akan dapat membeli cenderamata Hard Rock yang unik, diselitkan dengan ‘swag’ Hard Rock yang tidak dapat disangkal, untuk dibawa pulang sebagai memento.

King's Park yang terkenal ini terletak di kedudukan yang praktikal – hanya 45 minit pemanduan diperlukan dari Kuala Lumpur. Ia merupakan permata keseronokan komersil yang bersinar dan juga mahligai penuh santai dalam masa yang sama. Hasil daripada sejarahnya yang panjang dan terkenal, Genting Highlands telah menjadi salah satu tarikan pelancongan paling popular di Malaysia tatkala ia menarik lebih daripada 41 juta pengunjung setiap tahun dan popularitinya dijangka akan terus berkembang.

King's Park Genting Highlands adalah satu projek pembangunan mega berskala besar yang mengambil kesempatan daripada industri pelancongan yang berkembang pesat di rantau ini hasil kerjasama strategik antara Kumpulan Yuk Tung dan Persatuan Penggalakan Pengajian Tinggi di Malaysia (APHEM). Ia bakal menjadi Daerah Pusat Perniagaan (CBD) pertama Genting Highland merangkumi tanah pegangan bebas seluas 61 hektar dan mempunyai hab hiburan bersepadu yang menggabungkan pengalaman komersil dengan keseronokan rekreasi.

Projek dengan nilai pembangunan kasar sejumlah RM10 bilion ini diasaskan dengan matlamat untuk memanfaatkan iklim pelaburan yang semakin baik di tengah-tengah Genting. Seramai 53 juta pelancong dijangka akan mengunjungi Genting Highlands menjelang 2026, dengan kawasan tadahan hampir 700,000 orang dalam radius 5 kilometer.

Mengambil ilham daripada seni bina kolonial dan bersejarah, pembangunan King's Park menyajikan lebuh hias pejalan kaki sepanjang 2,000 meter dengan teres tepi sungai sepanjang 500 meter dan sejumlah 360 perniagaan yang tersebar di 12 blok yang dibina dengan indah. Kawasan yang dikenali sebagai Denai Budaya Asia Yang Sebenar ('Truly Asia Cultural Streets') seluas kira-kira 18,680 meter persegi adalah sanjungan kepada warisan Asia Timur yang kaya dan pastinya akan menambah keindahan King's Park.

Projek itu juga merancang untuk memasukkan zon runcit halal dan hotel butik mewah halal yang akan mengalu-alukan tetamu Muslim dari seluruh dunia. Usaha ini menggalakkan kesedaran budaya, rangkuman, dan kepelbagaian dengan memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat terhadap tempat percutian dan kedai makan yang mesra halal.

King's Park akan mempunyai kawasan besar yang dikhaskan untuk laluan eko-sukan dan berbasikal gunung, sesuai bagi para penggemar pengembaraan dan keterujaan. Tarikan lain seperti taman tema berjenama dan terarium terbesar di duniayang menjangkau 600 meter berada dalam jarak berjalan kaki yang mudah, menambah daya tarikan King's Park.

Perasmian jenama terkenal Accor iaitu Swissôtel di King's Park Genting Highlands pada 2028 akan mengelilingi Hard Rock Genting Highlands yang dijadualkan akan dibuka secara besar-besaran pada 2027. Tidak syak lagi bahawa King's Park Genting Highlands, sebagai hab hiburan bersepadu dan Daerah Pusat Perniagaan (CBD), akan mempunyai banyak bilik hotel dan pengalaman menarik untuk menampung keperluan setiap pengembara, pelancong, penjelajah, mahu pun pelawat.

Sila lawati www.kingspark.com.my atau hubungi +601162216168 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai King's Park.

MENGENAI HARD ROCK INTERNATIONAL

Hard Rock International (HRI) adalah salah satu syarikat yang paling diiktiraf di seluruh dunia dengan cawangandi lebih 70 negara yang merangkumi 290 lokasi termasuk hotel, kasino, Kedai® Rock, ruang persembahan langsung, dan kafe yang dimiliki / berlesen atau diuruskan. HRI juga melancarkan usaha sama yang dinamakan Hard Rock Digital pada tahun 2020. Ia merupakan satu platform permainan internet serta pertaruhan sukan sama ada secara dalam talian mahu pun runcit.

Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi memorabilia asli muzik terbesar dan paling berharga di dunia dengan sejumlah lebih daripada 87,000 objek yang dipaparkan di lokasinya di merata tempat. Pada tahun 2023, Hard Rock Hotels telah diberi penghormatan oleh Kajian Indeks Kepuasan Tetamu Hotel Amerika Utara oleh J.D. Power sebagai jenama Hotel Atasan Berkelas Tinggi nombor satu bagi kategori Kepuasan Tetamu Cemerlang untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Hard Rock juga diiktiraf oleh Forbes selaku antara Majikan Terbaik Dunia, selain Majikan Terbaik terhadap Wanita, Kepelbagaian dan Graduan Baharu, Jenama Berimpak Sosial Terbaik, Perkhidmatan Pelanggan Terkemuka, dan Majikan Besar Terbaik dalam Industri Pelancongan & Riadah, Permainan dan Hiburan. HRI menjadi syarikat permainan milik persendirian pertama yang ditakrifkan sebagai Syarikat Terurus Terbaik AS oleh Deloitte Private dan The Wall Street Journal pada tahun 2021.

Sejak itu, ia telah diberi penghormatan sebanyak tiga kali. Dalam Anugerah Permainan Global 2022, Hard Rock dinamakan sebagai Pengendali Tetap Terbaik buat kali kedua dalam tempoh empat tahun. Pada tahun 2021, Hard Rock Hotels & Casinos berada padakedudukan teratas dalam Kajian Kepuasan Eksekutif Permainan Kasino yang dijalankan oleh Bristol Associates Inc. dan Spectrum Gaming Group selama enam daripada tujuh tahun yang lalu. Hard Rock International kini memegang gred pelaburan daripada agensi penarafan pelaburan utama: S&P Global Ratings (BBB) dan Fitch Ratings (BBB). Untuk maklumat lanjut mengenai Hard Rock International, layari www.hardrock.com atau shop.hardrock.com

TENTANG KING'S PARK

Antara nama paling berprestij dalam pasaran pemaju hartanah Malaysia ialah Pavilion, Tropicana, Aset Kayamas, Kerjaya Prospek, dan OSK. King's Park adalah satu lagi pemaju utama setanding dengan yang lain. Dengan perancangan hotel, pangsapuri bertingkat tinggi mewah, kemudahan konvensyen, perniagaan runcit, dan hiburan serba baharu, King's Park sedia mengubah Genting Highlands. King's Park di Genting Highlands menempatkan Pembangunan Eko Lestari terbesar di dunia. Ia mempunyai kedai-kedai moden sepanjang 2,000 meter di sepanjang satu jalan pejalan kaki.

Ia mengambil masa sekitar 45 minit untuk memandu ke King's Park dari pusat bandar Kuala Lumpur, yang terletak kira-kira 33 kilometer jauhnya. Infrastruktur dan kemudahan hijau di kejiranan ini direka untuk mengayakan suasana persekitaran. King's Park bercadang untuk membina pelbagai tarikan, kedai, taman tema, dan restoran untuk memenuhi jangkaan kemasukan lebih 50 juta pelancong ke Genting Highlands menjelang 2026. Hampir 61 hektar telah dibangunkan untuk pelancongan dan perumahan bagi memastikan wujudnya hab pelancongan bertaraf dunia dalam kehijauan yang subur untuk semua.

MENGENAI KUMPULAN YUK TUNG

Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, Kumpulan Yuk Tung telah berada di barisan hadapan dalam industri hartanah, tatkala ia giat membangunkan dan membina kediaman mewah serta komuniti yang berkembang pesat sekali gus mengayakan kehidupan bandar dan meningkatkan ekonomi tempatan. Hasil daripada komitmen kami terhadap kecemerlangan dan kemampanan, kami telah menerima pelbagai anugerah industri. Kumpulan Yuk Tung adalah firma hartanah terkemuka yang telah membangunkan pelbagai jenis hartanah kediaman, komersil, dan bercampur yang terkenal dengan seni bina inovatif, pembinaan berkualiti tinggi, dan pemahaman pakar mengenai pasaran tempatan.